Terma & Bayaran Tempahan

Pengesahan Tempahan:

Pelanggan dikehendaki membuat pembayaran penuh sebagai tanda pengesahan tempahan. Selepas bayaran diterima, kami akan mula menjalankan kerja-kerja rekaan grafik atau proses pencetakan dan menghantar hasil kepada pelanggan mengikut tempoh yang telah dijanjikan.


Bayaran Penuh:

Master Printing Studio Industri memperakukan bahawa kami hanya menerima pembayaran penuh untuk setiap tempahan sebagai syarat untuk memulakan kerja-kerja. Tiada bayaran pendahuluan, bayaran awal, atau deposit diterima.


Pembayaran Pesanan Kerajaan:

Kami tidak menerima sebarang bayaran melalui pesanan kerajaan atau yang dikenali sebagai L.O. (Letter of Order).


Bayaran melalui CEK:

Untuk pembayaran menggunakan cek, kerja-kerja tempahan akan bermula selepas jumlah bayaran disahkan dalam akaun syarikat. Jika jumlah bayaran berada dalam status ampunya (floating), kami tidak akan memulakan kerja-kerja tempahan sehingga bayaran diterima sepenuhnya.


Penghantaran Slip Pembayaran:

Pelanggan dinasihatkan untuk menghantar slip pembayaran sebagai pengesahan. Slip ini juga akan digunakan untuk proses pengesahan pembayaran yang telah dilunaskan, memastikan rekod pembayaran yang tepat.


Pembayaran "Normal Transfer" IBG Transfer:

Untuk pembayaran melalui "Normal Transfer" atau IBG Transfer secara atas talian, kami akan memulakan proses tempahan setelah jumlah pembayaran masuk ke dalam akaun syarikat tanpa nilai terapung atau "floating".


Dengan ini, kami berharap bahawa terma dan syarat yang dinyatakan akan memudahkan urusan pembayaran dan memastikan kelancaran dalam pemprosesan tempahan pelanggan. Sila maklum bahawa kami menghargai kerjasama dan kepatuhan pelanggan terhadap terma ini untuk memastikan pengalaman perniagaan yang positif.