Document Folder: Penyelesaian Organisasi Profesional untuk Keperluan Perniagaan Anda
Document Folder dari Master Printing Studio direka khas untuk membantu anda menguruskan dokumen dan fail penting dengan lebih mudah dan teratur. Dengan reka bentuk yang elegan dan material berkualiti tinggi, Document Folder kami memberikan perlindungan tambahan untuk dokumen perniagaan anda. Sesuai digunakan dalam pelbagai sektor, produk ini boleh disesuaikan dengan logo syarikat anda untuk menambah elemen profesional dalam setiap penghantaran dan perjumpaan. Dapatkan Document Folder anda hari ini dan tingkatkan imej korporat anda!
Terma Tempahan
3 Kali Percubaan Rekaan Percuma
Pelanggan akan diberikan 3 kali peluang untuk melihat dan memberi ulasan pada reka bentuk awal. Selepas itu, pelanggan boleh membuat penyuntingan minor pada reka bentuk yang telah dihantar. Semua ini boleh dilakukan selepas segala maklumat, info, logo, gambar, serta perbincangan mengenai warna tema dan konsep diselesaikan.
Penghantaran Maklumat Sebelum Proses Rekaan Dimulakan
Pelanggan perlu memastikan semua maklumat penting dihantar kepada pihak kami terlebih dahulu. Ini termasuk info perniagaan, logo, gambar, serta spesifikasi reka bentuk yang diingini. Proses rekaan hanya akan dimulakan selepas maklumat lengkap diterima.
Proses Cetakan dan Penghantaran Selepas Persetujuan
Setelah pelanggan bersetuju dengan reka bentuk akhir, barulah proses cetakan akan dimulakan. Penghantaran produk akan dilakukan setelah selesai proses cetakan. Pastikan semua butiran adalah tepat untuk mengelakkan sebarang kesulitan dalam penghantaran.