Ulang tahun ke-11 ini bukan sekadar angka. Ia adalah perjalanan yang bermula dengan sebuah niat dan restu seorang ibu. Saya masih ingat dengan jelas, malam sebelum Master Printing Studio dibuka buat pertama kalinya pada tahun 2014 — ketika saya pulang dari setup kedai, saya berkata kepada mak saya dengan penuh semangat: “Mak, abg dah bersedia. Kedai dah siap, kaunter dah cantik, semua peralatan dah lengkap. Esok adalah hari pertama abang mulakan Master Printing Studio.” Tapi siapa sangka, keesokan paginya… di saat azan subuh berkumandang, tepat ketika laungan “Hayya 'alal falah”, mak kembali ke pangkuan pencipta.

Itulah pagi yang menyatukan dua perkara paling besar dalam hidup saya — permulaan perjuangan dan kehilangan yang paling besar. Maka, setiap helaian cetakan, setiap rekaan grafik, setiap pelanggan yang datang… semuanya menjadi sebahagian dari satu doa panjang yang saya panjatkan sejak hari itu.Master Printing Studio bukan sekadar perniagaan. Ia adalah warisan kasih, perjuangan, dan keberanian untuk terus melangkah walau kehilangan.
Hari ini, 11 tahun berlalu… saya ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan, sahabat, ejen, dan pasukan yang bersama membina impian ini. Doa saya, semoga segala kebaikan yang lahir dari perniagaan ini mengalir juga sebagai amal buat mak saya. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari kisah ini. “Dari tinta pertama hingga ke impak sebenar – inilah Master Printing Studio.”

Tamtam iller-iller ( Anak Mak )